fbpx

Dua kereta remuk ditimpa pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan dua buah kenderaan yang ditimpa pokok tumbang petang tadi.

KUALA LUMPUR – Dua buah kereta rosak teruk akibat ditimpa pokok tumbang berhadapan Masjid Usamah Bin Zaid, Jalan 2/27A, Wangsa Maju, dekat sini petang tadi.

Insiden itu berlaku selepas hujan dan angin kuat yang melanda kawasan berkenaan sekitar pukul 2 petang.

Komander Operasi Kanan, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Nor Saiful Ibrahim berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.45 petang.

“Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya petugas di lokasi didapati berlaku kejadian pokok tumbang dan telah menghempap dua buah kereta iaitu Honda Civic dan Perodua Myvi menyebabkan kedua-duanya rosak dan remuk,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, petugas bertindak memotong dan mengalihkan pokok berkenaan dengan bantuan petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Kejadian tersebut tidak melibatkan mangsa dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 6.20 petang,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI