fbpx

Barcelona gagal pujuk Dembele

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEMBELE mungkin terpaksa meninggalkan Camp Nou selepas rundingan kontrak baharunya bersama Barcelona menemui kegagalan. – AFP

BARCELONA – Rundingan melibatkan kontrak baharu antara Ousmane Dembele dan Barcelona dilaporkan menemui kegagalan apabila kedua-dua pihak gagal menemui kata putus.

Perkembangan itu menyaksikan Dembele bakal meninggalkan Camp Nou sebaik kontraknya ber­akhir pada penghujung musim ini dan dia dibenarkan untuk mengadakan rundingan dengan kelab lain bermula esok.

Laporan menyebut, faktor kegagalan berkenaan adalah di­sebabkan nilai gaji mingguan apabila Barcelona mahu mengurangkan jumlahnya, namun ia tidak dipersetujui oleh Dembele.

Bagaimanapun, Ketua Jurulatih Barcelona, Xavi dikatakan masih berharap akan ada proses perbincangan lanjut antara kelab itu dan wakil Dembele untuk memastikan dia terus kekal bersama pasukan tersebut untuk tempoh lebih lama.

“Dembele adalah tonggak penting dalam usaha membina semula reputasi pasukan ini. Kami masih positif untuk memperbaharui kontraknya kerana pada saya dia sangat penting,” katanya.

Barcelona dilaporkan perlu mengurangkan gaji Dembele un­tuk memastikan mereka berjaya mendaftarkan pemain baharu mereka, Ferran Torres bagi mengelak pelanggaran syarat Peraturan Kewangan Adil (FFP).

Situasi Dembele ketika ini mungkin menggembirakan dua pasukan di Liga Perdana Inggeris, Manchester United dan New­castle United yang mengintai peluang untuk mendapatkan khidmatnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI