fbpx

2,000 pelanggan bank di Britain tersilap terima wang dua kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESILAPAN transaksi menyebabkan pelanggan menerima bayaran dua kali ganda. - iStockphoto

LONDON – Bank Santander di Britain memaklumkan bahawa kira-kira 2,000 pelanggan telah menerima bayaran dua kali ganda pada Hari Krismas lalu secara tidak sengaja dengan jumlah keseluruhan sebanyak AS$175 juta (RM730.63 juta), lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.

Bank itu berkata, wang tersebut dipindahkan menerusi 75,000 transaksi melibatkan kira-kira 2,000 pelanggan korporat dan komersial disebabkan kesilapan teknikal.

“Kami memohon maaf kerana isu teknikal, beberapa pembayaran daripada pelanggan korporat kami telah disalah masuk dan digandakan kepada akaun penerima,’’ kata bank itu dalam satu kenyataan.

Bank Santander yang dimiliki oleh sebuah bank Sepanyol, Banco Santander berkata, masalah teknikal itu berkaitan dengan ralat penjadualan yang telah dikenal pasti dan diperbetulkan dengan segera. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI