fbpx

Keputusan VTL udara diketahui sebelum 21 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong (tengah) meneliti memorandum daripada Persekutuan Tiong Hua Johor Bahru berhubung cadangan pelaksanaan Chingay, di Ibu Pejabat MCA Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Keputusan sama ada inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) udara antara Malaysia dan Singapura akan disambung semula atau tidak hanya akan dibuat dalam tempoh 48 jam, sebelum ianya dijadualkan berlangsung semula pada 21 Januari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, jika disambut semula pada 21 Januari, jumlah jualan tiket berkemungkinan dikurangkan sehingga 50 peratus daripada jumlah sedia ada.

Katanya, keputusan itu bagaimanapun tertakluk kepada kerajaan Singapura yang akan menilai situasi semasa Covid-19 di republik itu ekoran varian baharu, Omicron.

“Saya ada mengadakan perbincangan dengan Menteri Pengangkutan Singapura pada 21 Disember lalu dimana beliau memaklumkan mengapa pihaknya mengambil keputusan menangguhkan inisiatif berkenaan, bukan ditamatkan.

“Pihaknya kemudian akan membuat penilaian sama ada ia akan disambung semula sepertimana dijadualkan pada 21 Januari atau ditangguh lagi, dan keputusan itu hanya akan dimuktamadkan dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor yang diadakan secara hibrid di Ibu Pejabat MCA Johor, di sini hari ini.

Pada 22 Disember lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu, pihaknya memutuskan untuk menggantung sementara penjualan tiket bas dan penerbangan bagi VTL Malaysia dan Singapura bermula esok hingga 20 Januari 2022. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI