fbpx

Kejadian tanah runtuh di Selayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian tanah runtuh yang berlaku berhampiran Pangsapuri Seri Laman, Taman Industri Bolton, di sini hari ini.

SELAYANG – Hujan berterusan selama tiga hari menyebabkan berlaku kejadian tanah runtuh berhampiran Pangsapuri Seri Laman, Taman Industri Bolton, di sini hari ini.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada salah seorang penduduk di kawasan tersebut sekitar pukul 6.03 petang.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bersama dua buah jentera telah ditugaskan ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan laporan awal, berlaku kejadian tanah runtuh pada hari ini berikutan hujan lebat berterusan selama tiga hari sejak 17 Disember hingga 19 Disember lalu di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, jarak antara kawasan tanah runtuh dan kawasan perumahan tersebut dianggarkan sejauh 400 meter.

“Pemanggil memaklumkan, mereka bimbang sekiranya berlaku runtuhan sekali lagi susulan cuaca mendung di kawasan terbabit yang mampu mengancam nyawa mereka.

“Setakat ini, bomba akan melakukan pemantauan manakala kes ini diserahkan kepada Majlis Perbandaran Selayang untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Norazam turut memberitahu, kejadian terbabit tidak melibatkan kemalangan jiwa dan tiada kerosakan harta benda berlaku. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI