fbpx

23 kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 23 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian di seluruh negara sebanyak 31,392 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Daripada jumlah tersebut, terdapat empat kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), menjadikan jumlah kes BID sebanyak 6,338 kes,” demikian maklumat pada laman web tersebut.

Kesemua kes kematian dilaporkan di Johor (4), Terengganu (4), Perak (3), Kelantan (2), Pahang (2), Selangor (2), Kuala Lumpur (2), Kuala Lumpur (2), Kedah (1), Melaka (1), Negeri Sembilan (1) dan Sabah (1) serta tiada kematian di Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 42,357 kes aktif melibatkan 35,247 kes dikuarantin di rumah, 3,303 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,505 kes di hospital, 133 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 169 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sebanyak 2,897 kes harian semalam dilaporkan di Selangor (675 kes), Johor (297 kes), Kelantan (295 kes), Kedah (245 kes), Pahang (215 kes), Kuala Lumpur (205 kes), Terengganu (190 kes), Pulau Pinang (183 kes), Sabah (168 kes) Melaka (144 kes), Perak (117 kes) Negeri Sembilan (94 kes), Putrajaya (24 kes), Perlis (22 kes), Sarawak (19 kes) dan Labuan (empat kes). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI