fbpx

RM369.5juta kos kerja-kerja pembaikan akibat banjir Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Kerajaan negeri mendedahkan memerlukan sebanyak RM369.5juta bagi melaksanakan projek pembaikan susulan banjir yang melanda negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagi kategori darurat seperti keperluan Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Urus Air Selangor dan Pejabat Tanah serta Jabatan Kerja Raya adalah sebanyak RM142.3juta.

Katanya, kategori segera sebanyak RM177.9juta dan kadar biasa (RM49.2juta).

“Bagi Jalan Persekutuan sahaja melibatkan kos RM39juta dan negeri RM63juta.

“Sebahagian akan ditanggung kerajaan negeri dan sudah pasti senarai (kos) dihantar kepada Kerajaan Persekutuan untuk pelaksanaan pelarasannya,” katanya pada sidang akhbar hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI