fbpx

Lee Mi-joo bangga kerja dengan Jae-suk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE MI-JOO

SELEPAS kumpulan Lovelyz sah dibubarkan awal November lalu, peminat tertanya-tanya tentang hala tuju dan perjalanan karier setiap anggotanya.

Pun begitu, salah seorang ahlinya iaitu Lee Mi-joo semakin aktif muncul dalam kaca televisyen menerusi program hiburan.

Dia juga kini bergelar artis naungan bawah syarikat Antenna, menyaksikan dia duduk sebumbung bersama pengacara terkenal, Yoo Jae-suk.

Perkara berkenaan didedahkan ketika dia muncul dalam program Two O’Clock Escape Cultwo Show bersama Kim Tae-gyun.

“Maklumat pada bahagian kumpulan menyatakan awak kini bersama Toyote (grup projek yang ditubuhkan daripada program Hang Out With Yoo),” katanya.

Kata Mi-joo, dia gembira dan bangga kerana mendapat layanan yang sangat baik daripada Jae-suk dan Haha.

“Saya dilayan dengan baik kerana paling muda,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI