fbpx
DUMMY seat belt buckle untuk menghentikan bunyi penggera tali pinggang keledar.

Aksesori tambahan bahayakan nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Trend orang ramai memasang beberapa aksesori tambahan pada kenderaan mereka bukan sahaja menda­tangkan risiko kecederaan kepada diri sendiri tetapi turut membahayakan nyawa orang lain.

Antara aksesori yang menjadi kegilaan ramai adalah seat belt stopper atau klip khas bagi melonggarkan ikatan tali pinggang keledar, dummy buckle seat belt, pelapik getah dan bantal pelapik badan dan punggung.

Selain itu, hiasan dalam kenderaan seperti pewangi kereta, pelapik makanan dan perhiasan antaranya kereta mainan turut dilihat berpotensi menjadi ‘senjata’ berbahaya kepada pengguna.

Satu kajian oleh Pusat Kese­lamatan Jalan Raya Transurban Kajian Neurosaisns Australia (NeuRA) mendedahkan, penggu­naan bantal pelapik belakang meningkatkan risiko kecederaan teruk semasa pelanggaran.

Penggunaannya menyebabkan perubahan pada postur pemandu yang meningkatkan peluang kecederaan terutamanya orang tua.

Tinjauan Kosmo! mendapati, rata-rata pemilik kenderaan menggunakan aksesori berke­naan untuk kese­lesaan semasa pemanduan selain inginkan kenderaan kelihatan cantik.

Ketua Pusat Kajian Keselamatan Jalan Raya, Fakulti Kejurute­raan, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Law Teik Hua berkata, penjualan aksesori tambahan seperti dummy buckle seat belt sepatutnya dikawal apabila ia banyak disalah guna pengguna kenderaan.

“Dummy seat belt misalnya tiada fungsi selain menghentikan fungsi tali pinggang keledar.

“Bunyi bising jika pemandu tidak menggenakan tali pinggang sebenarnya ‘alarm’ untuk pengguna bagi mengelakkan insiden di jalan raya,” katanya.

Selain itu, Teik Hua berkata, aksesori tambahan yang keras, tajam dan bersaiz besar tidak sepatutnya diletakkan di mana-mana ruangan dalam kereta.

“Apabila berlaku pelanggaran, barang-barang itu boleh bertukar menjadi objek bahaya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Zulhaidi Mohd. Jawi berkata, pengguna perlu memberi ke­utamaan dalam membuat pilihan terhadap penggunaan sebarang aksesori tambahan.

“Perubahan melibatkan teknikal kenderaan perlu mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti penggunaan cermin gelap.

“Ambil contoh penggunaan pelekat kenderaan, kalau dipasang sehingga mengganggu pandangan cermin belakang ia juga boleh membawa risiko. Bagi kes dummy buckle seat belt, Malaysia masih dalam usaha menyekat penggunaannya,” ujarnya.

Difahamkan, penggunaan dummy seat belt buckle boleh menyebabkan beg udara tidak dapat berfungsi dengan baik. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN