fbpx

97.6 peratus populasi dewasa lengkap divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 22,836,859 individu dewasa atau 97.6 peratus di Malaysia telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat pukul 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, seramaai 23,135,883 individu atau 98.9 peratus daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, populasi remaja menunjukkan seramai 2,745,665 atau 87.2 peratus telah lengkap divaksin manakala 2,840,018 atau 90.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, statistik harian menunjukkan sejumlah 64,283 dos vaksin telah diberikan melibatkan 62,022 dos penggalak dengan 1,411 lengkap dos dan 850 telah menerima dos pertama.

Jelasnya, jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 56,814,549 dos dengan 5,452,251 daripadanya adalah dos penggalak. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI