fbpx

TNB: Rebat one off bagi bil Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

HULU LANGAT – Seramai lebih 72,000 pelanggan domestik yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini bakal menerima manfaat rebat 100 peratus secara one off bagi bil elektrik Disember ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanan rebat 100 peratus oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu adalah untuk meringankan beban penduduk yang terjejas.

“Kita tahu rumah-rumah ini telah tenggelam lama di dalam air menyebabkan pelbagai kerosakan seterusnya menjadikan ia merbahaya.

“Sejak Jumaat lalu, TNB telah melaksanakan kerja pemeriksaan pendawaian secara percuma dengan sokongan Persatuan Rakan Niaga Strategik Malaysia (PERNISMA) dan kontraktor elektrik yang bertauliah.

“Saya juga minta TNB untuk membantu kediaman penduduk B40 yang terjejas akibat banjir supaya bekalan elektrik disambung semula.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan Perodua turut bersetuju untuk memberi diskaun 50 peratus untuk kos alat ganti serta kos upah percuma.

Sementara itu, Ismail turut mengalakkan syarikat-syarikat lain untuk mengikuti inisiatif tersebut bagi meringankan pemilik kenderaan yang ditenggelami air banjir.

“Saya difahamkan Menteri Kewangan sedang berunding dengan syarikat kereta lain seperti Proton dan sebagainya.

“Saya berharap syarikat lain dapat ikuti Perodua atau memberikan inisiatif yang lebih baik daripada Perodua,” ujarnya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI