fbpx

Nurul Azurin kembangkan karier pada liga amatur di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURUL AZURIN tekad mengejar cita-citanya untuk mencari pengalaman berharga di luar negara dengan menyertai salah satu kelab di India selama dua bulan.

PENJAGA gol skuad wanita kebangsaan, Nurul Azurin Mazlan telah berlepas ke India bagi mewakili kelab di sana bersaing untuk mengharungi kejohanan liga amatur yang akan berlangsung selama dua bulan sehingga Februari depan.

Persatuan Pemain-Pemain Profesional Malaysia (PFAM) mengesahkan pemain berusia 21 tahun kelahiran Klang, Selangor itu telah selamat berlepas ke India pada malam kelmarin.

“Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail menemui Azurin Mazlan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi (kelmarin) sebelum dia berlepas ke India untuk mewakili sebuah kelab di sana.

“Presiden PFAM, Safee Sali turut menghubungi Azurin menerusi panggilan video bagi memberikan kata-kata semangat dan pastinya mendoakan yang terbaik buat Azurin dalam mengejar cita-citanya untuk mencari pengalaman yang berharga di luar negara,” kata PFAM dalam satu kenyataan semalam.

Difahamkan, Nurul Azurin menyahut cabaran untuk beraksi selama dua bulan di Bengaluru, India selepas kelab yang masih enggan didedahkan sudi menyediakan penginapan, makan dan tiket kapal terbang buatnya.

Kelibat Azurin mula menjadi perhatian apabila diberi peranan selaku penjaga gol No.1 skuad Malayan Tigress ketika menewaskan Palestin 2-0 dalam aksi Kumpulan H kelayakan Piala Asia Wanita 2022 di Palestin, September lalu.

Bagaimanapun, skuad Malayan Tigress gagal menempatkan diri dalam saingan Piala Asia Wanita 2022 selepas menduduki tangga kedua Kumpulan H di belakang Thailand. Hanya juara kumpulan yang mara pada kejohanan yang dijadualkan berlangsung di India bulan depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI