fbpx

Tidak tangguh kerja jadi rahsia peserta terbaik keseluruhan MPAT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUTHAN (kiri) dengan isterinya, Amutha Anathuri selepas Majlis Graduasi MPAT Siri 41/2021 di Puspahanas, Putrajaya hari ini. – Foto AMREE AHMAD

PUTRAJAYA – Amalan sentiasa menyiapkan sesuatu tugasan tepat pada masanya menjadi rahsia bagi peserta kursus terbaik keseluruhan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT).

Malahan, Leftenan Kolonel Ir. Suthan Venkatachalam menyifatkan kejayaan itu amat bererti setelah mengharungi tempoh 52 minggu sesi pembelajaran dalam suasana norma baharu.

“Saya sebenarnya tiada apa-apa pun rahsia istimewa, cuma mungkin sikap disiplin suka tidak tangguh kerja apabila diberikan mana-mana tenaga pengajar,” katanya ketika ditemui media hari ini.

Anugerah tersebut disampaikan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang pada Majlis Graduasi Diploma MPAT Siri 41/2021 yang juga melibatkan sejumlah 63 peserta.

Program itu berlangsung di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) di sini dan turut dihadiri Komandan MPAT, Laksamana Pertama Mohd. Fadzli Kamal Mohd. Mohaldin.

Kertas Kerja Terbaik diraih Leftenan Kolonel Norhisham Hassan dari Rejimen Askar Jurutera Diraja dan Anugerah Akademik Terbaik oleh Leftenan Kanan Fan Mun Poh dari Singapura.

Mengulas lanjut, Suthan yang dilahirkan di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1977 lalu bagaimanapun mengakui amat terkejut apabila diumum sebagai pelajar terbaik keseluruhan.

“Memang gembira dan amat terharu kerana tidak jangka pun kerana saya ambil masa hampir empat minggu bagi menyesuaikan diri untuk belajar atas talian pada awal tahun ini,” jelasnya.

Beliau yang sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Komandan Workshop Divisyen 71 Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja, mula berkhidmat dalam Tentera Darat Malaysia sejak 1997. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN