fbpx

EB perkenal Tempura Chicken Nugget

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Konsep cepat, senang dimasak dan mudah disediakan malah tetap mengekalkan kelazatan berjaya memikat selera pelanggan.

JENAMA makanan sejuk beku terkemuka, EB Frozen Food Sdn. Bhd, (EB) mungkin sudah tidak perlu diperkenalkan dan cukup sinonim dengan barisan produk yang pastinya memikat selera pengguna.

Bertapak lebih 25 tahun dalam industri pembuatan makanan, EB telah memperkenalkan tujuh siri produk berkua­liti tinggi dan menjadi antara salah satu jenama paling cepat berkembang.

Buktinya, ketujuh-tujuh siri produk EB seperti chicken, finger food, hotpot, dim sum, oceanic, western dan Japanese series telah pun menembusi pasaran di 28 buah negara sejak diperkenalkan.

Bersesuaian dengan konsep cepat dan senang, sekali gus memberi kemudahan kepada kehidupan masyarakat selari dengan gaya hidup lebih pantas masa kini, EB hadir dengan barisan produk terbaharu di bawah siri ayam sedia ada iaitu Tempura Chicken Nugget.

Dibuat menggunakan isi dada ayam segar dan dicelup dalam adunan tempura istimewa, rasa rangup dan berjus ketika dinikmati pasti membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta pada keenakannya.

Tidak setakat itu, tekstur lembut Tempura Chicken Nugget EB yang lazat dan menyelerakan selain membangkitkan aroma tersendiri amat sesuai dinikmati seisi keluarga pada bila-bila masa tanpa rasa jemu.

Paling penting, keistimewaan Tempura Chicken Nugget EB yang membezakan dengan produk pesaing lain di pasaran adalah intinya yang menggunakan ke­tulan besar isi dada ayam serta tidak mengandungi lemak trans.

Sesuai dengan konsep cepat dan senang selain kekal sedap serta segar ketika dinikmati, EB turut memudahkan cara penyediaan hidangan tersebut menerusi beberapa kaedah tanpa dinyahbeku.

Tempura Chicken Nugget EB boleh disediakan dengan pelbagai kaedah mudah seperti menggunakan air fryer, dibakar dalam ketuhar ataupun digoreng hingga rangup keemasan sebelum dinikmati.

Bagi penggemar makanan segera tersebut, kehadiran Tempura Chicken Nugget EB ini pasti akan memberi kelainan dan pengalaman tersendiri buat mereka untuk menikmati rasa nuget yang lebih enak, segar, bermutu tinggi dan sihat.

Selain Tempura Chicken Nugget, siri ayam lain yang begitu popular dan menjadi kegemaran serta pilihan ramai ialah Crispy Fried Chicken Wonton dan Chicken Roll yang terdapat dalam tiga jenis perisa.

Pengguna muslim kini tidak perlu lagi berasa ragu-ragu semasa memilih produk EB kerana semua produk diperakui halal oleh JAKIM, dihasilkan mengikut piawaian halal amalan perkilangan baik (GMP) dan Standard Audit Titik Kawalan Kritikal dan Analisis Bahaya (HACCP) bagi memastikan semua pengguna dapat membeli serta menjamu selera produk EB dengan lebih rasa yakin dan selesa.

Bagi menghasilkan produk yang berkualiti tinggi, EB telah menggunakan teknologi IQF yang canggih dengan lebih kurang -40 darjah Celsius bagi menjamin kesegaran makanan walaupun selepas dinyahbeku.

Kini Tempura Chicken Nugget boleh didapati di Shopee dan Lazada tetapi penghantaran untuk Shopee dan Lazada hanya terhad di kawasan Lembah Klang. Selain boleh didapati di pasar raya besar berdekatan.

Pembelian di Shopee boleh dibuat di (https://rb.gy/ohfoel) atau Lazada di (https://rb.gy/4nfuhj)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI