fbpx

Penduduk utara dinasihati bersiap sedia kemungkinan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri ketika mengadakan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sri Buntar di sini hari ini.

BERA – Penduduk di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia dinasihati supaya bersedia untuk menghadapi kemungkinan berlaku banjir.

Ia ekoran amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berhubung hujan berterusan di kawasan terbabit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob berkata, kejadian banjir seperti di Selangor perlu dielak apabila kebanyakan penduduk tidak bersedia untuk menghadapinya.

“Kita tidak mahu jadi seperti Selangor. Jadi apabila pihak berkuasa mengeluarkan amaran mereka mungkin tidak menjangka air naik dengan cepat dan enggan berpindah.

“Akhirnya ramai terperangkap dan terpaksa berpindah serta merta tanpa sempat menyelamatkan harta benda,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sri Buntar di sini hari ini.

Beliau menyantuni mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di PPS itu sebelum ke beberapa PPS yang berhampiran di kawasan itu.

Dalam pada itu, Ismail Sabri mengingatkan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan supaya turut bersedia untuk menghadapi kemungkinan berlaku banjir.

Menurut beliau, persiapan itu termasuk daripada aspek PPS, bantuan barangan, keperluan aset selain memastikan sistem perparitan dan saliran diselenggara dengan baik.

MetMalaysia baru-baru ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di negeri-negeri di utara Semenanjung hari ini.

Amaran tahap waspada itu melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Perak iaitu Kerian dan Larut, Matang serta Selama. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN