fbpx

Katrina Kaif dapat hadiah kahwin kereta RM1.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KATRINA berkahwin dengan suaminya, Vicky Kaushal pada 9 Disember lalu.

AKTRES Katrina Kaif dan suaminya, Vicky Kaushal mungkin menjadi antara selebriti paling beruntung apabila menerima banyak hadiah berupa barangan mewah bersempena hari perkahwinan mereka.

Menurut laporan Geo.TV, pasangan suami isteri itu menerima sebuah kereta mewah jenama Range Rover bernilai hampir RM1.7 juta daripada pelakon, Salman Khan yang juga merupakan bekas kekasih Katrina.

Walaupun hubungan antara mereka sudah putus dan tidak berakhir sebagai pasangan suami isteri, Salman dan Katrina masih bersahabat baik sehingga kini.

Selain kereta, pasangan itu juga dilaporkan menerima seutas rantai bertatah berlian bernilai RM1.5 juta daripada aktor, Ranbir Kapoor.

Malah, aktor Hrithik Roshan juga difahamkan memberi hadiah berupa sebuah kereta jenama BMW G310 R.

Jirannya yang juga pasangan selebriti, Anushka Sharma dan Virat Kohli pula menghadiahkan sepasang anting-anting bernilai RM35,000.

Katrina dan Vicky disatukan dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan teman rapat pada 9 Disember lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI