fbpx

6 tahun menjanda, Oktovia nikahi pemain bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OKTOVIA selamat bergelar isteri kepada Khairul Efsan dalam sebuah majlis di ibu kota sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Dengan sekali lafaz, pelakon Oktovia Manrose sah bergelar isteri kepada bekas pemain bola sepak, Mohamad Khairul Efsan Mdisa.

Oktovia dan Khairul Efsan disatukan sebagai pasangan suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Magica Quill Ballroom, Quill City Mall sekitar pukul 9.30 malam di sini sebentar tadi.

Pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga penyanyi dangdut popular, Iwan Syahman disaksikan jurunikah, Ustaz Mohamad Fairuz Saderi.

Pada majlis bertemakan dalam taman itu, Khairul Efsan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Oktovia atau nama lengkapnya, Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, 30, menerima lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin lelaki.

Efsan merupakan bekas pemain bola sepak untuk kelab Melaka United.

Terdahulu, Oktovia yang cukup dikenali menerusi filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki bernama Mohd. Izat Abdul Rahman pada 2011 namun bercerai empat tahun selepas itu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 9 tahun bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain.

Oktovia merupakan anak kedua daripada tiga beradik, hasil perkongsian hidup penyanyi dangdut, Iwan Syahman dan pelakon Allahyarham Rosnah Mohd. Noor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI