fbpx

Kematian bawah angka 20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes kematian mencatatkan di bawah angka 20 dengan 19 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 31,092 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat empat kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah kes BID di Malaysia sebanyak 6,286 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Kesemua kematian dilaporkan di Johor (4), Sabah (3), Kedah (2), Pahang (2), Perak (2), Selangor (2) dan Kelantan (1) serta tiada kematian dilaporkan di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Dalam masa sama, sebanyak 53,482 kes aktif melibatkan 45,147 kes dikuarantin di rumah, 4,013 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,932 kes di hospital, 179 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 211 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sebanyak 3,108 kes harian semalam dilaporkan di Selangor (919 kes), Johor (296 kes), Kelantan (255 kes), Pulau Pinang (216 kes), Perak (189 kes), Sabah (189 kes), Kuala Lumpur (184 kes), Melaka (179 kes), Kedah (176 kes), Terengganu (156 kes), Pahang (150 kes), Negeri Sembilan (122 kes), Sarawak (30 kes), Perlis (19 kes), Putrajaya (18 kes) dan Labuan (12 kes). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI