fbpx

BNM umum pembiayaan RM200 juta untuk PMKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kemudahan pembiayaan sebanyak RM200 juta yang disediakan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas akibat banjir di seluruh negara baru-baru ini melalui Kemudahan Bantuan Bencana 2022 (Disaster Relief Facility, DRF 2022).

Menurut kenyataan bank pusat, DRF 2022 akan membantu PKS menampung kos membaiki dan/atau mengganti aset untuk kegunaan perniagaan (cth. loji dan mesin) yang telah rosak akibat banjir; dan/atau untuk modal kerja. 

DRF 2022 tersedia untuk PKS, termasuk perusahaan mikro, dengan jumlah pembiayaan maksimum hingga RM500,000 bagi setiap PKS dan hingga RM75,000 bagi setiap perusahaan mikro.

“ Tempoh pembiayaan adalah hingga lima tahun, termasuk tempoh moratorium selama enam bulan ke atas bayaran pokok dan faedah/keuntungan.

“ Kadar pembiayaan adalah hingga 3.50 peratus setahun, termasuk apa-apa fi jaminan dan kemudahan ini  akan disediakan mulai 27 Disember 2021 sehingga peruntukan digunakan sepenuhnya (atau sehingga diberitahu kelak, bergantung pada situasi banjir),’ jelas bank pusat.

Tambah kenyataan tersebut, perniagaan yang terjejas boleh memohon daripada institusi kewangan peserta yang terdiri daripada bank perdagangan, bank-bank Islam dan institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia oleh BNM.

Para peniaga boleh menghubungi Bank Negara Malaysia melalui bnm.gov.my/LINK sekiranya mereka menghadapi sebarang kesulitan berhubung dengan kemudahan di atas.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI