fbpx

Banjir: KPKT bantu kerja-kerja pasca banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican (kanan) mendengar aduan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, V. Ganabatirau di Pusat Kawalan Operasi Banjir di Taman Sri Muda hari ini.

PETALING JAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menggerakkan jabatan dan agensi di bawahnya bagi membantu kerja-kerja pasca banjir di Selangor.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, buat masa ini pasukan KPKT melalui Jabaran Bomba dan Penyelamat akan fokus kepada kerja-kerja menyelamat terlebih dahulu.

“Saya beri komitmen bahawa KPKT akan turun untuk kerja-kerja pasca banjir nanti.

“Meskipun pengurusan pembersihan di Selangor bukan bawah kawal selia KPKT kita tetap bantu. “Won’t be an issue”. Ini untuk rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut memuat naik rakaman video Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, V. Ganabatirau bertemu dengannya hari ini.

Dua wakil rakyat tersebut bertemu dengan di sekitar Pusat Kawalan Operasi Banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam bagi membangkitkan tentang masalah banjir.

“Saya faham kerisauan YB Gana apabila kawasan yang beliau wakili mengalami bencana seperti ini.

“Doakan pasukan saya, bomba, ATM, APM, PDRM dan semua agensi serta sukarelawan terlibat dapat melaksanakan tugas mereka ketika ini dengan baik,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI