fbpx

Bah Lembah Klang terburuk dalam sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah keluarga mengharungi banjir demi menyelamatkan diri di Seksyen 23 Shah Alam baru-baru ini. – Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyifatkan bencana banjir di Lembah Klang merupakan paling buruk dalam sejarah dan dijangka mengambil masa dua hari untuk surut.

Pengarah Bahagian Operasi JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad bagaimanapun berkata, jangkaan kebanyakan kawasan pulih daripada banjir termenung bergantung kepada cuaca.

“Ini merupakan situasi bencana banjir paling buruk pernah dialami sepanjang perkhidmatan dan pertama kali bomba terpaksa berdepan dengan situasi yang amat mencabar kerana kekurangan daripada segi pengalaman menghadapi banjir yang teruk di sekitar Lembah Klang.

“Kita jangka air akan mula surut petang ini jika keadaan cuaca cerah berterusan maka banjir akan pulih sepenuhnya dalam masa dua hari,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambah beliau, pelepasan air daripada Empangan Klang Gate Hulu Kelang secara berperingkat bermula malam kelmarin dan hujan lebat berterusan akan mengakibatkan penempatan penduduk terjejas.

“Air empangan Klang Gate dilepaskan secara berperingkat, jadi kami perlu memantau dahulu sama ada air akan surut dengan cepat atau lebih banyak masa diperlukan kerana faktor pelepasan air tersebut.

“Ini kerana kita tidak mahu jika air empangan dilepaskan bercampur dengan hujan lebat berterusan boleh menyebabkan gelombang banjir yang lain pula berlaku di kawasan perumahan,” ujarnya.

Nor Hisham menjelaskan, kerja-kerja pembersihan akan dijalankan selepas air surut sepenuhnya di kawasan terjejas banjir.

“Kita akan berkolaborasi dengan pejabat daerah untuk tindakan pembersihan selepas air mula surut di kawasan yang terjejas.

“Kami akan menyusun kumpulan operasi yang bakal dijalankan di bawah pengawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) tertumpu kepada penempatan penduduk seperti perumahan, kawasan awam, sekolah dan masjid,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI