fbpx

Shuib terus mengimbau kenangan bersama Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI restoran sama yang pernah dikunjungi Shuib bersama arwah Siti Sarah.

MANUSIA jika sudah pergi buat selama-lamanya bukan sahaja meninggalkan nama tetapi juga kenangan yang kekal dalam memori insan tersayang.

Sepertinya itu yang masih dilalui Shuib apabila banyak lokasi yang dikunjungi baru-baru ini sangat dekat dengan jiwanya kerana pernah datang bersama arwah isteri tercinta, Siti Sarah.

Sebak hati netizen melihat perkongsian Shuib terutama ketika dia menikmati makan malam di sebuah restoran di Pulau Pinang.

Pilunya apabila dia turut memuat naik foto di lokasi dan meja yang sama bersama Siti Sarah suatu ketika dahulu.

“Tempatnya masih sama, cuma kali ini rasa yang lain,” tulisnya.

Netizen sayu melihat foto tersebut dan turut meluahkan rasa rindu untuk melihat gelagat arwah bersama keluarga.

“Rindu itu sakit, ikhlas itu tenang. Semoga bahagia selalu Shuib,” titip seorang pengikut Instagramnya.

Apapun, ramai yang seronok melihat telatah anak-anaknya terutamanya Ariq Matin yang dikatakan mewarisi sifat lucu bapanya.

DIVA: Ramai puji kualiti dan jalan cerita Dukun Diva. Idea yang sangat segar dan lakonan pelakonnya juga hebat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI