fbpx

Neelofa bagi bantuan, Caprice mahu Shah Alam diisytihar darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA dan Caprice antara selebriti yang membantu mangsa banjir dengan cara masing-masing.

PETALING JAYA – Prihatin dengan nasib mangsa banjir, beberapa selebriti tanah air termasuk Neelofa dan Caprice menyediakan platform untuk orang ramai memohon bantuan.

Menerusi beberapa ciapan Twitter, Neelofa meminta individu yang terkesan akibat banjir menghubungi talian hotline Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) sekiranya memerlukan bantuan.

“Bagi yang sedang mengalami sebarang masalah atau mengenali sesiapa yang sedang terkesan dengan banjir, boleh hubungi hotline Pertubuhan Kasih Neelofa di talian 012-200 2102. Insya-Allah kami akan cuba bantu.

“Jika anda mempunyai sebarang info mengenai mangsa banjir yang memerlukan bantuan dan perhatian PKN, boleh tag atau tinggalkan maklumat di bawah ciapan ini. PKN akan ambil maklum,” katanya menerusi beberapa ciapan.

Sementara itu, penyanyi rap terkenal, Caprice turut memohon pihak berkuasa agar bandar raya Shah Alam, Selangor diisytihar sebagai kawasan darurat.

CIAPAN Neelofa dan perkongsian Caprice berkenaan bantuan yang boleh dihubungi oleh mangsa banjir.

“Shah Alam perlu diisytiharkan darurat dan askar perlu dikerahkan untuk membantu mangsa terutama kanak-kanak dan keluarga emas.

“Sementara itu, ade geng-geng Ford Ranger, trucks, 4wheel di kawasan tersebut? Tag mereka dan pantau bahagian komen untuk dihubungi oleh mangsa banjir yang tersekat di mana-mana lokasi yang hanya boleh diakses dengan bot sahaja, ” kongsinya yang tidak berhenti berkongsi informasi mengenai situasi banjir semasa.

Sejak kelmarin, Lembah Klang khususnya di Daerah Klang dan Shah Alam dilanda banjir kilat sehingga menenggelamkan beberapa kawasan.

Kini, bencana tersebut mula menerjah ibu kota sejak malam tadi selepas beberapa kawasan di Kuala Lumpur mula dinaiki air. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI