fbpx

Lelaki tinggalkan kekasih selepas menang loteri hampir RM20 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maurice Thibeault meninggalkan bekas pasangannya, Denise robertson setelah menang besar dalam loteri walaupun telah tinggal bersama selama lebih dua tahun. - OLG

OTTAWA, Kanada – Seorang wanita, Denise Robertson menyatakan bahawa dia sedih ditinggalkan pasangannya tetapi perasaan itu bertukar marah apabila dia mengetahui lelaki tersebut meninggalkannya selepas menang besar dalam loteri, lapor akhbar The Sun semalam.

Denise kemudian mengemukakan saman untuk mendapatkan separuh daripada wang £3.5 juta (RM19.5 juta) yang dimenangi oleh bekas kekasihnya, Maurice Thibeault di samping ganti rugi punitif sebanyak £286,000 (RM1.6 juta).

Wanita itu mendakwa bahawa dia dan Maurice membeli tiket loteri Lotto Kanada setiap minggu dan mengimpikan untuk membeli sebuah rumah besar bersama-sama. Menurutnya, mereka telah membuat persetujuan sebelum ini untuk berkongsi semua kemenangan permainan loteri. Maurice bagaimanapun menafikan dakwaan bekas teman wanitanya.

Pasangan itu tinggal sebumbung di Chatham, Ontario dan mendaftarkan hubungan mereka di bawah undang-undang common law yang memberikan hak sama seperti perkahwinan.

Peguam wanita itu, Steven Pickard berkata, pihak berkuasa kawal selia loteri Ontario hanya membayar separuh daripada wang kemenangan Maurice.

Pihak berkuasa itu meninggalkan sejumlah £1.75 juta (RM9.7 juta) kepada mahkamah untuk memutuskan siapa yang berhak ke atas wang tersebut, demikian menurut akhbar tempatan, Windsor Star.

”Mereka sentiasa bersetuju untuk berkongsi wang kemenangan sebagai pasangan kekasih,” kata Steven.

Bagaimanapun, peguam Maurice, Richard Pollock memberitahu saluran berita CBC bahawa anak guamnya tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Anak guam saya yang membeli tiket loteri. Dia yang menang. Dia adalah seorang lelaki yang baik dan jujur,” kata peguam tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI