fbpx

Lelaki ditemui lemas lepas banjir surut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP LAYAR video tular mengenai penemuan mayat mangsa

SHAH ALAM- Seorang lelaki yang dipercayai lemas ditemui selepas banjir surut di Pangsapuri Alam Idaman, Seksyen 22 di sini malam tadi.

Mayat mangsa berusia lingkungan 30-an itu dijumpai orang awam di jalan utama kawasan tersebut, pukul 7.50 malam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kecederaan meragukan pads tubuh mangsa, selain itu, tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian berkenaan,” katanya hari ini.

Menurutnya, mangsa dipercayai penghuni sebuah lagi pangsapuri di sekitar kawasan berkenaan.

Tambah Baharudin, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Terdahulu, satu video berdurasi 14 saat tular di media sosial yang memaparkan penemuan mayat seseorang di atas jalan.

Kawasan itu antara lokasi yang terjejas dan dinaiki air akibat banjir sejak petang semalam. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI