fbpx

Dua pegawai JKR Mersing didakwa terima rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Idham (kiri) dan Mohd. Sukrizal (tengah) yang bertugas di JKR Mersing didakwa atas kesalahan rasuah bernilai keseluruhan RM14,000, dua tahun lalu.

JOHOR BAHRU – Dua pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) Mersing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah dengan jumlah keseluruhan bernilai RM14,000, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Idham Mokhtar, 38, dan Mohd. Sukrizal Mohd. Shukor, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd. Idham yang merupakan seorang jurutera didakwa menerima wang berjumlah RM9,000 menerusi akaun Maybank dengan tiada balasan daripada seorang individu berusia 44 tahun melalui akaun bank milik syarikat individu berkenaan.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di Maybank Islamic Berhad, Jalan Ismail, Mersing, pada 19 November 2019.

Manakala, Mohd. Sukrizal yang merupakan Penolong Juruukur Bahan pula didakwa menerima wang berjumlah RM5,000 menerusi akaun Maybank dengan tiada balasan daripada individu sama melalui akaun bank milik syarikat individu berkenaan.

Mereka didakwa menerima wang berkenaan dengan sedar ada hubungan dengan tugas rasmi selaku Urusetia Jawatankuasa bagi kerja pembaikan lantai bangunan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lembaga Endau, selain kerja pembaikan dinding dan lantai akibat mendapan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anjung Batu.

Kerja pembaikan itu turut meliputi pembaikan bumbung dan siling bagi empat Blok bangunan di SMK Ungku Hussin, selain kerja pembaikan bumbung serta kerja berkaitan di SK Triang, Mersing. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI