fbpx

Tiada ‘line’, macam gua, rumah Afieq Syazwan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Afieq menerusi InstaStory berkenaan keadaan rumahnya yang dinaiki air sejak tengah malam tadi.

PETALING JAYA – Rumah dinaiki air disebabkan banjir, pelakon dan penyanyi, Afieq Syazwan mendedahkan, dia terpaksa ‘melarikan diri’ sejauh empat kilometer dari kediaman demi mendapatkan akses internet dan liputan telefon.

Afieq atau nama lengkapnya, Muhammad Shafieq Shazwan Zamros, 24, menerusi kemas kini terbaharu Instastory memaklumkan bahawa banjir di kediaman ibunya yang terletak di Kampung Baru Belah, Klang, Selangor masih belum surut.

“Kalau ada sesiapa yang hantar pesanan WhatsApp dan mesej, saya tak dapat nak baca dan tengok sebab di rumah dah macam gua.

“Tiada line (liputan telefon), kena keluar jauh sikit dalam tiga hingga empat kilometer baru ada. Itulah dia dan air tak surut-surut lagi,” katanya menerusi beberapa muat naik video InstaStory.

Terdahulu, Afieq yang kini popular dengan lagu Malam Semakin Dingin (duet bersama Tajul) memaklumkan, rumahnya mula dinaiki air sejak tengah malam tadi.

Dalam beberapa hantaran Instastory malam tadi, kelihatan rumah yang didiami bersama ibunya mula dimasuki air di beberapa bahagian.

“Nampak gayanya, tak tidurlah saya dengan mama berdua,” katanya dalam video dimuat naik.

Dalam hantaran video terbaru yang dimuat naik, Afieq berkongsi keadaan terkini apabila liputan telefonnya juga semakin terhad akibat banjir.

“Saya nak beritahu, saya di rumah tak ada ‘line’. Saya sekarang keluar pergi bungkus makanan sebab saya berdua sahaja dengan mama,” ujarnya.

Kosmo! Online cuba menghubungi Afieq menerusi panggilan telefon dan WhatsApp namun sehingga kini masih menemui jalan buntu disebabkan masalah liputan telefon akibat banjir yang melanda kawasan Lembah Klang sejak Jumaat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI