fbpx

Tepati ramalan, Tiro julang trofi juara MLM2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN Tiro dianggotai Daniel, Sharif dan Syaiful.

PETALING JAYA – Menepati ramalan ramai, kumpulan Tiro muncul sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) pada pentas final yang berlangsung malam tadi.

Final MLM2021 yang dipancarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menyaksikan Tiro yang dianggotai Daniel, Sharif dan Syaiful membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.

Mereka menewaskan empat kumpulan lain apabila mengutip 10 HA dengan sempurna daripada juri yang mengadili persembahan bertemakan bebas dan muzikal.

Kedudukan naib juara pula disandang oleh kumpulan Puteh dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi.

Sementara kumpulan Boro yang dianggotai berpuas hati di tempat ketiga dengan hadiah kemenangan wang tunai sebanyak RM150,000 berserta trofi.

Dua kumpulan lagi iaitu Bahye (Zahid, Nizam Jentik-Jentik dan Shashic) dan Tobat (Ajak, Ropie dan Bell Ngasri) sekadar mampu menghuni tempat keempat dan kelima.

Pemenang tempat keempat membawa pulang hadiah RM50,000 berserta trofi, sementara tempat kelima pula dengan hadiah RM15,000.

Pentas MLM2021 menggunakan format pemarkahan sebanyak 70 peratus daripada juri profesional, manakala 30 peratus lagi merupakan undian penonton menerusi secara dalam talian.

Program tersebut turut menyuntik kelainan pada edisi kali ini apabila menampilkan ikon MLM iaitu Sang Bara sebagai juri misteri.

Pada malam final, identiti Sang Bara akhirnya didedahkan kepada umum dengan menyaksikan pelakon Sharnaaz Ahmad merupakan individu di sebalik ikon tersebut.

Pentas akhir MLM2021 dikendalikan Datuk AC Mizal dan mendapat khidmat penjurian daripada Datuk Rosyam Nor, Diana Danielle, Uqasha Senrose dan Noh Hujan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI