fbpx

PRN Sarawak: GPS bentuk kerajaan dengan majoriti mudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pimpinan tertinggi GPS meraikan kemenangan gabungan parti itu di BCCK malam ini.

KUCHING- Gabungan Parti Sarawak (GPS) sekali lagi diberi mandat oleh pengundi Bumi Kenyalang untuk membentuk kerajaan baharu negeri ini selepas memperoleh majoriti mudah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, GPS berjaya memperoleh majoriti mudah selepas memenangi 45 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan di negeri itu.

Keputusan itu sekali gus membolehkan GPS menerima mandat mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu selepas melepasi jumlah majoriti mudah sebanyak 42 kerusi.

Bagi memperoleh majoriti dua pertiga pula, GPS perlu memenangi sebanyak 56 kerusi DUN.

Kemenangan GPS kali ini juga dianggap bersejarah berikutan buat pertama kali bertanding dengan logo sendiri berbanding sebelum ini menggunakan jenama Barisan Nasional (BN).

Menerusi keputusan awal itu, antara kerusi dimenangi GPS termasuklah di DUN Gedong, Asajaya, Sebuyau, Pelagus, Tamin, Bukit Goram dan Balingian.

Selain itu, GPS turut mengekalkan penguasaan di DUN Tellian, Layar, Beting Maro, Serembu, Tarat dan Balai Ringin.

Sementara itu, Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg turut berjaya menawan DUN Gedong dengan jumlah undi sebanyak 4,310 meskipun pertama kali bertanding di kerusi berkenaan.

Kosmo! difahamkan proses pengundian PRN Sarawak yang berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 5 petang semalam menyaksikan peratusan keluar mengundi sekitar 55 peratus setakat pukul 4 petang.

Sementara itu, dua lagi kerusi dimenangi Parti Sarawak Bersatu (PSB) melibatkan DUN Ba’kelalan dan Bengkilili. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI