fbpx

Monyet mengamuk bunuh 250 ekor anak anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menerusi satu rakaman yang tersebar di Internet, seekor monyet dilihat mengheret anak anjing ke tepi bumbung bangunan manakala, rakaman berasingan menunjukkan seekor anjing mengejar beberapa ekor monyet di sebatang jalan. - News18

NEW DELHI  – Sebanyak 250 ekor anak anjing di India dilaporkan dibunuh sekumpulan monyet liar yang mengamuk dipercayai kerana mahu membalas dendam, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Kejadian itu berlaku selepas seekor anak monyet daripada kumpulan itu dibunuh oleh kawanan anjing jalanan. 

Anak-anak anjing itu ditangkap dari jalan dan dibuang dari puncak bangunan serta pokok.

Penduduk di kampung Majalgaon dan Lavul, negeri Maharashtra turut turut diserang dalam kejadian amukan pelik itu ketika cuba melindungi anjing peliharaan mereka.

Menurut saluran berita tempatan, News18, ‘tiada seekor pun’ anak anjing itu dapat diselamatkan, malah pelajar sekolah turut dikejar kumpulan monyet tersebut.

Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dilaporkan turut diseret sebelum diselamatkan.

Menerusi satu rakaman yang tersebar di Internet, seekor monyet dilihat mengheret anak anjing ke tepi bumbung bangunan. 

Rakaman berasingan menunjukkan seekor anjing mengejar beberapa ekor  monyet di sebatang jalan ketika wanita dan kanak-kanak berlari menyelamatkan diri.

Pegawai-pegawai perhutanan  yang dihubungi penduduk tempatan bergegas ke lokasi kejadian, namun gagal menangkap haiwan itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI