fbpx

Banjir: Ribuan pengguna Lebuh Raya Persekutuan terkandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir kilat akibat limpahan air dari Sungai Damansara mengakibatkan Batu 3, Lebuh Raya Persekutuan ditenggelami air dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ketika tinjauan di sini, hari ini.

PETALING JAYA – Ribuan pengguna lebuh raya daripada kedua-dua arah ke Shah Alam dan ke Kuala Lumpur terkandas ekoran banjir di laluan Lebuh Raya Persekutuan petang tadi.

Kejadian itu berlaku susulan daripada penutupan kecemasan Plaza Tol Shah Alam serta persimpangan lebuh raya berhampiran Stesen Komuter Batu 3.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, plaza tol tersebut ditutup pada pukul dua petang tadi berikutan banjir kilat.

“Susur keluar mandatori telah diaktifkan di Plaza Tol Subang dan Seafield bagi trafik menghala ke arah selatan dan utara. Laluan masuk di laluan Bukit Raja dan Setia Alam menghala ke Shah Alam juga ditutup.

“Pengguna lebuh raya yang terputus hubungan di antara Setia Alam dan Subang menghala ke Shah Alam serta Lebuh Raya ELITE dikehendaki membuat pusingan U kecemasan melalui akses sementara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, pihak PLUS turut menyatakan kekesalan atas kesulitan yang timbul berikutan hujan lebat berterusan di kawasan itu.

“Plaza tol yang ditutup akan dibuka semula selepas kami mengesahkannya selamat untuk berbuat demikian.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda amaran dan arahan pihak berkuasa di lapangan,” ujarnya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini melalui laman web www.plus.com.my serta platform media sosial termasuk Facebook dan Twitter PLUS Malaysia. K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI