fbpx

Aset Sajat dilelong pada 22 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 22 Disember ini untuk lelo­ngan semula barangan milik usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat.

Perkara itu dimaklumkan peguam Zeti Zulkifli daripada NHA Advocates & Solicitors yang mewakili bekas stokis terbesar Sajat, OWA Resources Sdn. Bhd. di sini semalam.

“Pihak kami telah mendapat tarikh baharu bagi lelongan itu diadakan pada pukul 10.30 pagi, 22 Disember ini,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Kosmo! pada 15 Disember lalu melaporkan pembida harta sajat lesap selepas gagal membuat pembayaran setelah memenangi bidaan bagi lebih 40 barangan milik Sajat berjumlah RM132,000.

Lelaki tersebut gagal menghubungi untuk selesaikan pembayaran secara tunai selepas membayar deposit sebanyak RM5,000.

Wang deposit sebanyak RM5,000 dianggap ‘hangus’ dan akan dimasukkan sebagai duit hasil lelongan awam itu.

Menurut Zeti, peraturan ketat akan dikenakan untuk lelongan pada kali ini bagi mengelakkan pembida menghilangkan diri lagi.

Antara langkah yang dicadang­kan termasuklah mengurung pembida yang menang di dalam rumah Sajat sehingga urusan pembayaran serta tandatangan kontrak selesai dilakukan.

Selain itu, Zeti berkata, pihaknya turut mencadangkan pembida supaya membawa wang tunai semasa proses lelongan diadakan atau mengarahkan wakil untuk mengeluarkan wang sekiranya jumlah tidak mencukupi.

“Kesemua syarat-syarat yang dicadangkan ini bertujuan mengelak kes pembida lesap tidak akan berlaku lagi.

“Sekiranya pembida memerlukan bank draf, hanya wakil pembida terbabit dibenarkan masuk di kawasan rumah Sajat untuk memberikannya kepada pembida,” katanya.

Zeti juga tidak menolak kemungkinan untuk menaikkan kadar deposit RM5,000 itu.

Berita berkaitan: Pembeli aset Sajat RM132,000 rupanya ‘joy bidder’

Berita berkaitan: Pembida harta Sajay akan ‘dikurung’

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI