fbpx

[VIDEO] 10 termasuk 8 kanak-kanak maut nahas empat kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
10 individu disahkan meninggal dunia di lokasi.

SUBANG JAYA – Seramai 10 individu termasuk lapan kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, di sini malam tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, nahas melibatkan dua buah kereta jenis Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler.

“Pihak kami menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 11.42 malam dan seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian didapati nahas membabitkan 17 mangsa, yang mana 10 daripada mereka disahkan meninggal dunia di lokasi.

“Mangsa yang maut adalah seorang lelaki dan seorang wanita, manakala lapan lagi membabitkan lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, sembilan daripada mangsa merupakan sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang ibu dan lapan anak.

Jelasnya, bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas dan sebuah kren untuk mengangkat treler terbabit. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI