fbpx

UPSI, World Evolution Brain jalin kerjasama kreatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Amin (tiga dari kiri) bertukar dokumen perjanjian persefahaman dengan Jurey Latiff di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Kampus Sultan Abdul Jalil, Tanjung Malim hari ini.

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat produksi tempatan, World Evolution Brain Sendirian Berhad yang menerbitkan pelbagai filem dan drama tempatan.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, kerjasama itu dapat memberikan kelebihan pada kedua-dua pihak untuk menyalurkan kepakaran sedia ada di peringkat fakulti bagi menampung keperluan dalam industri kreatif tanahair.

Menurut beliau, banyak kejayaan telah dikecapi oleh pihak fakulti menerusi penyertaan peringkat nasional mahupun antarabangsa, malah ada di antaranya diiktiraf dengan cemerlang.

“Bukan itu saja, kakitangan akademik di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP) juga menjadi pakar rujuk dari pihak industri secara berkala seperti khidmat nasihat dan rundingan dalam industri secara amnya.

“Dengan pelbagai pengiktirafan dan kecemerlangan, tidak mustahil UPSI mampu merealisasikan misi dan visi negara dalam melahirkan modal insan holistik yang cemerlang selaras dengan cogankata UPSI No.1 Pendidikan,” jelasnya ketika berucap pada majlis tersebut.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif World Evolution Brain, Datuk Jurey Latiff Rosly.

Syarikat produksi itu banyak melahirkan produk filem bermutu seperti filem aksi Libas pada 2011 dan Malay Regiment (2017) serta naskah-naskah drama dan telefilem yang mendapat sambutan penonton.

Kerjasama tersebut melibatkan pertukaran kemahiran antara kedua-dua institusi bagi tujuan pembangunan dan pengembangan ilmu bidang seni persembahan, perkhidmatan perundingan berkaitan bidang kepakaran muzik, tari dan teater. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI