fbpx

Sibuk ambil gambar, bapa tak sedar lengan anak dibaham singa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kanak-kanak itu ketika berada di zoo (kiri) sebelum sebahagian lengannya dibaham singa (kanan).

DUBAI – Seorang kanak-kanak perempuan hilang lengan kirinya apabila dibaham seekor singa ketika melawat sebuah zoo di Yemen petik sebuah portal GulfNews baru-baru ini.

Menurut laporan itu, ketika tiba kanak-kanak perempuan tersebut dan keluarganya tiba di zoo berkenaan, tangannya memegang sangkar singa itu manakala bapanya mengambil gambar anaknya tersebut.

“Ketika sibuk menangkap gambar berkenaan bapanya tidak sedar singa sudah berada dekat dan menyambar lengan anaknya itu,” kata laporan itu.

Dalam kejadian itu bapanya pengsan melihat lengan anaknya berada dalam mulut singa dan kedua-dua mereka dikejarkan ke hospital.

Mengulas lebih lanjut, penyokong hak asasi manusia mengecam tindakan pihak pengurusan zoo berkenan yang didakwa tidak menghiraukan aspek keselamatan pelawat terutamanya kanak-kanak yang lebih berisiko tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI