fbpx

Dua suspek curi Toyota Hilux ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELBAGAI jenis peralatan mencuri kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dirampas oleh pihak polis.

SEREMBAN – Kegiatan curi kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux di Negeri Sembilan sejak awal bulan ini berjaya ditumpaskan dengan penahanan dua lelaki semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Muhammad Izzudin Runggai berkata, kedua-dua suspek berusia 47 dan 56 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan kira-kira pukul 11.30 malam di Taman Perumahan Asahan, Melaka.

“Dalam serbuan ini, pihak polis telah menjumpai sebuah kenderaan dan pelbagai jenis peralatan digunakan oleh suspek untuk mencuri kenderaan jenis Toyota Hilux.

“Ini termasuk empat unit kawalan elektronik (ECU) Toyota Hilux yang telah diubahsuai, mesin pengisar, mesin ‘cordles’ (tanpa wayar), pemotong wayar dan pelbagai peralatan lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Izzudin berkata, dengan tertangkapnya kedua-dua suspek tersebut, pihak polis Negeri Sembilan berjaya menyelesaikan dua kes curi Toyota Hilux yang berlaku di negeri ini awal bulan Disember lalu.

“Setakat ini kedua-dua suspek masih ditahan reman bermula 15 hingga 17 Disember 2021 dan siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu mencuri kenderaan,”ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI