fbpx

Mitsuki rangkul 4 gelaran ITF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mitsuki Leong bersama piala yang dimenangi.

IPOH – Pemain remaja negara, Mitsuki Leong menjulang empat gelaran pada Kejohanan Tenis Remaja Dunia Thailand, Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) yang diadakan di Nonthaburi Thailand baru-baru ini.

Mitsuki, 17, menjuarai acara perseorangan di tiga kejohanan iaitu J5 yang pertama pada 16-20 November.

Dua lagi kejohanan ialah ITF J4 pada 30 November hingga 4 Disember dan ITF J4 ( 7-11 November) selain muncul juara beregu J5 (23 – 27 November).

Menurut Presiden Persatuan Lawn Tennis Perak (PLTP), Fazwil Abdul Wahid, Mitsuki diiringi bapanya yang juga jurulatih peribadinya, Jeff Leong sepanjang kejohanan empat minggu berturut-turut itu.

“Ini adalah pencapaian beliau yang sangat membanggakan untuk negeri Perak dan negara,” kata Fazwil.

Selain Mitsuki, adik perempuannya yang berumur 14 tahun berjaya hingga ke peringkat separuh akhir pada kejohanan J4 yang terakhir.

Dengan kemenangan merangkul empat gelaran ini menaikkan ranking ITF Mitsuki ke tangga 340 remaja dunia. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN