fbpx
Scott (kiri) menggoncang tubuh anak saudaranya dengan kuat sehingga menyebabkan kematian. - The Sun

Goncang anak saudara hingga mati ketika tonton perlawanan bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun atas kesalahan membunuh anak saudaranya dengan cara menggoncang bayi itu secara kuat kerana mahu menghentikan tangisannya agar dia boleh menonton perlawanan bola sepak, lapor akhbar The Sun semalam.

James Scott, 31, pada 29 Jun 2018 telah membunuh Arlo Breslin ketika ibu kepada bayi itu tiada di rumah.

Bayi berusia tiga bulan itu meninggal dunia dua hari kemudian akibat mengalami kecederaan teruk pada bahagian dalam kepalanya.

Menurut kertas pertuduhan yang dibacakan di mahkamah, Arlo berada dalam keadaan ‘lemah dan lembik’ selepas tertuduh menggoncang badannya untuk memastikan bayi itu diam supaya dia boleh menonton siaran bola sepak di televisyen.

Kakak tertuduh, Sarah Breslin, meninggalkan anaknya itu dalam jagaan lelaki berkenaan kerana menghantar tiga anaknya yang lain ke sekolah selain suaminya telah keluar bekerja.

Tertuduh bagaimanapun menafikan bahawa dia telah menggoncang tubuh bayi itu dan menyebabkan kecederaan pada bahagian dalaman kepalanya.

Dia bahkan memberitahu bahawa mangsa mungkin ‘dicederakan’ secara tidak sengaja oleh salah seorang adik beradiknya.

Hasil bedah siasat bagaimanapun mendapati bahawa mangsa meninggal dunia kerana mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepalanya, akibat digoncang secara sengaja pada 29 Julai 2018.

Scott disabitkan dengan kesalahan membunuh dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Diraja Warwick. – AGENSI 

POPULAR