fbpx

Vieira cabar Gallagher terus kekal prestasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GALLAGHER (kanan) berjaya meledak dua gol ketika membantu Palace meraih kemenangan ke atas Everton awal pagi semalam.

LONDON – Pemain muda Crystal Palace, Conor Gallagher kini berdepan cabaran besar bagi memastikan prestasi terbaiknya kekal selepas meledak dua gol untuk bantu pasukan menang 3-1 ke atas Everton awal pagi semalam.

Aksi hebat yang dijelmakan pemain pinjaman dari Chelsea itu turut mendapat pujian daripada pengurus Palace, Patrick Vieira, namun memberi peringatan kepada pemain 21 tahun itu supaya terus bersikap rendah diri dan bekerja keras untuk memenuhi harapan.

“Dia sentiasa mahu tingkatkan prestasi, dia juga pemain yang merendah diri dan bekerja keras. Cabarannya sekarang adalah untuk mengekalkan tahap prestasinya bagi memenuhi jangkaan orang ramai terhadapnya.

“Kami juga perlu terus mencabarnya dan bekerja bersama-­sama bagi membantunya mening­katkan prestasi,” kata Vieira.

Sejak menyertai Palace, pemain antarabangsa England itu turut menghasilkan tiga bantuan gol dan kelibatnya mula menarik perhatian Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel.

Kemenangan itu juga menyaksikan Palace berjaya bangkit dan menebus tiga kekalahan pada aksi terdahulu dan ia cukup melegakan Vieira yang mengakui bahawa tiga mata pada perlawanan itu cukup penting.

“Selepas tewas tiga perlawanan, kali ini kami bermain di ge­langgang sendiri dan perlu memenanginya.

“Ternyata kami berada di bawah tekanan kerana bukan senang untuk bermain selepas tewas tiga perlawanan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI