fbpx

Mohd. Hafiz dilantik Timbalan Naib Canselor baharu UniSZA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Prof. Madya Dr. Mohd. Hafiz Yusoff.

KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengumumkan pelantikan Datuk Prof. Madya Dr. Mohd. Hafiz Yusoff sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) baharu.

Pengarah Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan UniSZA, Muzafar Mohd. Din berkata, Mohd. Hafiz sebelum ini merupakan Pengarah Bahagian Governan Institusi Pengajian Tinggi Swasta Jabatan Pendidikan Tinggi.

“Pelantikan beliau (Mohd. Hafiz) berkuat kuasa tiga tahun bermula 15 Disember ini (esok).

“Beliau merupakan pakar bidang teknologi maklumat dalam pengkhususan e-pembelajaran dan teknologi pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muzafar berkata, pelantikan Mohd. Hafiz bagaikan sirih pulang gagang kerana Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) pernah berkhidmat sebagai pensyarah Fakulti Informatik dan Komputeran UniSZA dari Mei 2018 hingga Januari 2020.

Beliau berkata, Mohd. Hafiz kemudiannya berkhidmat dengan Universiti Antarabangsa Albukhary, Kedah dari Februari 2020 hingga Ogos lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI