fbpx

Firma Afrika Selatan cipta kereta terbang bentuk burung gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Macrobat kelihatan seperti seekor burung gergasi yang mempunyai sayap condong serta ‘kaki’ yang sama seperti haiwan itu. - Phractyl/SWNS

CAPE TOWN – Sebuah syarikat di Afrika Selatan mencipta  kereta terbang  yang boleh mendarat dan terbang secara menegak (VTOL) bagi memudahkan pergerakan manusia pada masa akan datang, lapor akhbar Daily Star semalam.

Dinamakan Macrobat, kenderaan berkuasa elektrik itu masih di peringkat prototaip.

Kenderaan itu kelihatan seperti seekor burung gergasi dan mempunyai sayap  serta ‘kaki’ sama seperti haiwan itu.

Macrobat  dilaporkan berupaya untuk terbang sejauh 150 kilometer (km) pada kelajuan 179 km sejam. 

Menurut syarikat yang menghasilkan inovasi tersebut, Phractyl, mereka serius menjadikan Macrobat  satu realiti dan merancang untuk mula menggunakannya sebagai kenderaan di rantau Afrika.

“Fokus utama kenderaan terbang ini adalah untuk mengatasi  cabaran dalam  sistem pengangkutan yang kritikal di Afrika. 

“Ini termasuk memudahkan pergerakan orang ramai ke kawasan yang tidak boleh diakses menggunakan kenderaan darat konvensional,” demikian menurut kenyataan syarikat tersebut.

Macrobat boleh dipandu oleh seorang pemandu  atau digunakan sebagai dron melalui sistem kawalan jauh.

Ia boleh digunakan untuk mengambil penumpang atau menghantar  kargo.

Bagi jangka masa panjang, Phractyl menyasarkan untuk menjadikan Macrobat sebagai teksi udara untuk tujuan komersial. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI