fbpx

Teksi terbang elektrik boleh bawa 4 penumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Midnight akan dibina pada tahun depan. - ARCHER AVIATION

BANDAR RAYA NEW YORK – Syarikat pengeluar kenderaan global, Stellantis bakal membuat pelaburan sebanyak AS$150 juta (RM660.52 juta) bagi mengeluarkan teksi terbang yang dibina oleh syarikat Archer Aviation, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Pengangkutan digelar Midnight itu akan mula dibina menjelang 2024.

Archer Aviation diasaskan pada 2018 di San Jose, California, yang mempunyai kepakaran dalam segmen pesawat perlepasan dan pendaratan menegak elektrik (eVTOL). 

Midnight mempunyai enam pek bateri dan 12 kipas serta boleh terbang sejauh kira-kira 160 kilometer (km) selepas dicas. 

Teksi terbang itu boleh mencapai kelajuan maksimum 241 km sejam dan hanya mengambil masa selama 10 minit untuk dicas semula bagi membolehkannya terbang semula.

Ia juga boleh memuatkan seramai empat penumpang serta membawa muatan sekitar 450 kilogram (kg).

Selain itu, Midnight mampu berlepas dan mendarat secara menegak seperti helikopter dan telah pun berjaya melakukan ujian penerbangan pertamanya pada tahun lepas. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI