fbpx

Biar tidak cerdik, asalkan pengikut ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi pasangan berjoget selepas bercerai dikecam teruk netizen minggu lalu.

Demi content di media sosial sanggup hilang adab. Malah, demi content juga seseorang itu sanggup ketepikan maruah dan nilai diri.

Biar nampak tidak cerdik, asalkan pengikut ramai di media sosial. Itu resam kebanyakan instafamous ketika ini. Tidak semua tapi ada yang begitu.

Selain itu, tindakan tidak beradab sesetengah individu juga mencerminkan betapa rendahnya nilai moral seseorang. Kisah pasangan yang bercerai berjoget di hadapan pejabat agama di sebuah negeri di utara tanah air sehingga tular mengundang persepsi negatif dalam kalangan orang ramai.

Sekalipun ia detik yang ditunggu-tunggu pasangan tersebut setelah tidak mampu lagi mempertahankan mahligai yang dibina, namun itu bukan caranya.

Tindakan memualkan kedua-dua individu terbabit mengundang rasa kurang senang netizen dan jelas memalukan diri sendiri.

Tidak kurang juga yang menyifatkan pasangan itu mempersendakan agama.

Tidak terkecuali gambar pelakon jelita, Nora Danish dan suaminya bermain buih dan berendam dalam tab mandi.

Rata-rata netizen berpendapatan adegan ‘mesra’ pelakon berusia 39 tahun itu sebagai keterlaluan dan tidak wajar untuk ditayangkan kepada umum.

Perkongsian itu mendapat kecaman hebat netizen yang menyifatkan ia bertentangan dengan budaya Timur.

Pelakon drama komedi Puteri itu kemudian bertindak memadam gambar tersebut selepas mendapat kecaman.

Seterusnya, perkongsian seorang usahawan yang dikatakan memerli suaminya berhubung tindakan lelaki itu ketika menyediakan susu anak turut tidak disenangi ramai.

Melalui content media sosialnya, dia dilihat membuang susu tepung milik anaknya.

Biarpun katanya untuk memerli kaum bapa, namun tindakan itu disifatkan tidak cakna pada nasib golongan yang tersepit semasa musim pandemik Covid-19.

Ketika pandemik, banyak kisah didengar antaranya akibat kesempitan hidup ada ibu bapa yang terpaksa memberi anak mereka air sirap atau susu pekat manis.

Kes ini antara banyak content di media sosial yang tidak manis buat tatapan dan dikhuatiri akan menjadi ikutan anak muda.

Semua perkara ini berkaitan adab. Adab adalah perilaku atau perbuatan yang baik disusuli dengan moral dan nilai kemanusiaan.

Perkongsian dalam media sosial perlu diselitkan dengan kewarasan agar tindakan itu tidak mencerminkan diri kita.

Sentiasalah beringat dalam setiap tindakan kerana perkara yang dianggap remeh itu kadangkala mampu menjadi isu besar yang tidak terjangkau.

Hal ini kerana sekecil mana pun perkara, perbuatan yang dikongsikan di media sosial tetap akan mengundang perhatian orang ramai sama ada secara positif mahupun negatif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI