fbpx

[VIDEO] Pengusaha diarah kosongkan reban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK terpaksa membersihkan lalat sehingga hampir sekilogram sehari di Kampung Lembah Jaya, Bentong.

BENTONG – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pahang mengarahkan pengusaha ladang ternakan ayam di Kampung Lembah Jaya di sini, yang dipercayai menjadi punca kepada masalah sera­ngan lalat di kampung ber­kenaan supaya mengosongkan reban mereka dengan segera.

Pengarah JPV Pahang, Dr. Kamaliah Ghazali berkata, pengusaha terbabit diberi masa dua bulan untuk berbuat demikian bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dijalankan sepanjang tempoh tersebut.

Dalam tempoh tersebut, pengu­saha ladang ternakan ayam perlu membuat kerja-kerja pembersihan dan tindakan untuk memastikan tiada lalat dalam kawasan premis berkenaan.

“Sekiranya gagal mengikut arahan yang telah ditetapkan, kita boleh mengeluarkan kompaun mengikut kesalahan dikenal pasti dan mengambil tindakan untuk tidak memperbaharui lesen,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan di ladang ternakan ayam di Kampung Lembah Jaya semalam.

DR. KAMALIAH

Turut hadir Ahli Majlis Perbandaran Bentong, Datuk Seri Johari Harun.

Kelmarin Kosmo! melaporkan nikmat kehidupan dan ketena­ngan tinggal di kampung kini tidak lagi dirasai oleh kira-kira 300 penduduk di Kampung Lembah Jaya gara-gara serangan lalat sejak dua tahun lalu.

Akibat serangan serangga tersebut, kira-kira 60 buah rumah di kampung yang terletak di Simpang Pelangai itu terpaksa ditutup 24 jam sekali gus menjadi seperti sebuah perkampungan kosong.

Masalah lalat yang dihadapi penduduk dipercayai berpunca dari ladang ternakan ayam.

Mengulas lanjut, Kamaliah memberitahu, pihaknya akan terus melakukan pemantauan di ladang ternakan ayam berkenaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha mengikut arahan diberikan dan me­laksanakan tindakan yang telah digariskan.

Justeru katanya, dalam tempoh dua bulan, pengusaha terbabit perlu membersihkan kawasan reban dan memastikan tidak ada tempat-tempat pembiakan lalat.

Diminta mengulas mengenai punca kewujudan lalat yang ‘luar biasa’, Kamaliah menjelaskan, keadaan itu adalah disebabkan tempoh pemeliharaan ayam yang lebih lama berbanding ke­biasaan iaitu 35 hari menyebabkan kitaran lalat tidak berhenti.

“Kitaran lalat biasanya boleh berhenti sebulan tetapi ia bersambung memandangkan najis yang perlu dikeluarkan sebalik­nya tidak dikeluarkan,” ujar beliau. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI