fbpx

Jururawat lesap RM30,000 akibat kongsi nombor TAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEMERLOH – Akibat terlalu mudah percaya, seorang jururawat dari Mentakab di sini mengalami kerugian RM30,000 selepas menyerahkan nombor pengesahan transaksi (TAC) kepada individu tidak dikenali.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian berlaku pada 11 Disember lalu selepas mangsa yang berusia 48 tahun itu dihubungi individu berkenaan.

“Tanpa memperkenalkan diri, suspek telah meminta mangsa menyerahkan nombor TAC yang baru diterima oleh mangsa dengan alasan dia telah tersalah mendaftar nombor mangsa pada akaun banknya.

“Mangsa telah berkongsi enam mesej TAC kepada suspek dan selepas itu mangsa menerima mesej daripada bank bahawa ada transaksi pemindahan wang daripada akaunnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa telah membuat semakan dan mendapati wang simpanan dalam akaun banknya berjumlah RM15,000 telah ‘lesap’ dan pada masa sama, wang simpanan dalam Tabung Haji mangsa juga berkurang sebanyak RM15,000.

“Mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan kes berkenaan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana memperdaya sehingga mangsa kerugian RM30,000,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI