fbpx

Bingkai kaca mata Bapa Mahatma Gandhi akan dilelong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bingkai bersalut emas 10 karat ini sebelum ini dibeli dari sebuah kedai antik di Gujerat. - William George/BNPS

LONDON – Sepasang bingkai kaca mata yang pernah dimiliki oleh Bapa Negara India, Mahatma Gandhi dijangka dapat dilelong pada harga mencecah £10,000 (RM55,799), lapor portal berita MailOnline semalam.

Bingkai bersalut emas 10 karat itu sebelum ini dibeli dari sebuah kedai antik di Gujarat, India, oleh bapa kepada individu yang melelong memorabilia tersebut. Ketika itu, dia membelinya  pada harga cuma £50 (RM279).

Pemilik kedai antik berkenaan dikatakan tidak tahu berbahasa Inggeris dan tidak menyedari nilai sebenar bingkai tersebut.

Bingkai yang mempunyai ukiran bertulis ‘1/20 10 MK Gandhi’ itu kemudiannya diwarisi oleh penjual tersebut yang kini menetap di Britain. Individu berkenaan mahu menjual barangan berharga itu menerusi firma lelongan William George.

“Bingkai itu dibeli dari sebuah kedai antik kecil di Ahmedabad, Gujarat.

“Pedagang kedai antik itu mendapatkan bingkai tersebut yang diukur dalam berat emas, selain dia tidak tahu berbahasa Inggeris dan tidak sedar akan nilai ukiran yang terdapat padanya,” kata seorang jurucakap William George.

Mahatma Gandhi ketika hidupnya dilaporkan gemar memberikan kaca matanya sebagai hadiah dan barangan miliknya itu jarang-jarang diketengahkan  untuk dijual.

“Kami berasa teruja untuk mengetengahkan bingkai kaca mata ini ke pasaran,” tambah jurucakap tersebut. – Agensi   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN