fbpx

Nyanyian hiba Lesti, netizen bayangkan ‘tragedi’ Siti Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LESTI KEJORA

PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut video nyanyian penyanyi dari seberang Lesti Kejora memancing rasa hiba apabila segelintir peminatnya mendakwa seperti merasai ada sesuatu yang tidak elok bakal berlaku terhadap dirinya.

Bahkan, terdapat juga segelintir peminatnya dari Malaysia mendapati gaya dan ‘vibe’ nyanyian isteri kepada pelakon Rizky Billar itu juga mirip dengan Allahyarham Siti Sarah.

Menyaksikan video tular dalam TikTok tersebut, Lesti mendendangkan lagu Pesan Terakhir milik Lyodra ketika menjadi penyampai anugerah Anugerah Muzik Indonesia 2021 pada 6 Disember lalu.

TANGKAP layar komen-komen netizen yang berpendapat nyanyian Lesti kedengaran hiba serta mirip nyanyian Siti Sarah.

“Kenapa rasa seperti akan berlaku sesuatu kepada dia. Macam arwah Siti Sarah, semoga Lesti dipanjangkan umur dan urusan melahirkan bayi sulung dipermudahkan,” komen seorang pengguna TikTok.

“Jika menutup mata, rasanya seperti sedang mendengar arwah Siti Sarah yang menyanyi,” kata seorang lagu netizen.

Difahamkan, semua komen-komen sedih tersebut muncul disebabkan Lesti kini sarat hamil tujuh bulan dan situasinya hampir sama seperti Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia akibat Covid-19 dan dalam masa sama sedang mengandungkan anak keempatnya, Ayash Affan.

Bagaimanapun, di sebalik semua komen tersebut, masih terdapat netizen dari Malaysia dan Indonesia yang berpendapat kehebatan vokal Lesti tiada tandingan walaupun menyanyikan lagu penyanyi lain.

Untuk rekod, Lesti dan Rizky mendedahkan mereka sebenarnya telah selamat bernikah sekitar awal tahun ini.

Bagaimanapun, majlis perkahwinan mereka diadakan beberapa bulan kemudian di Hotel Intercontinental, Pondok Indah, Jakarta Selatan pada 10 Ogos lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI