ALAHAI, ini pula khabar angin tentang si cantik Wany Hasrita yang dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.
Lebih meyakinkan hati Diva, kawan baiknya iaitu Amirah Othman juga memohon peminat agar mendoakan yang baik-baik buat Wany.
“Banyak betul dapat soalan ini. Doakanlah yang baik-baik untuk semua orang ya,” jawab Amirah kepada netizen yang inginkan pengesahan.
Sebelum ini memang Diva ada dengar-dengar Wany memang sedang mengenali hati budi seseorang tetapi tidak pernah berkongsi lanjut mengenai kekasihnya kepada umum.
Jika benar akan tamatkan zaman bujang tidak lama lagi, Diva harap janganlah bernikah secara rahsia macam Tajul ya, bertahun baru nak mengakui. Berkongsilah ya Wany.
DIVA: Ramai puji baju kahwin Uqasha dan Kamal terutama yang songket biru. Jelitanya Uqasha persis Cik Siti Wan Kembang!














