fbpx

Bawa wang tunai RM6,000 persiapan bayar saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEGAMAT – Seorang pengurus syarikat tiada pilihan lain selain membawa wang tunai RM6,000 bagi persiapan membayar tunggakan saman jalan raya sejurus mengetahui potongan diskaun 80 peratus ditawarkan oleh pihak polis bermula 9 Disember lalu.

Menurut Raj, 47, pengurus syarikat swasta berkaitan pekerja perkapalan di Segamat, walaupun semua 40 kesalahannya melibatkan saman pandu laju namun dia tidak pernah menggunakan lorong kecemasan.

“Terima kasih atas pemberian diskaun ini. Saya memuji pendekatan pihak berkuasa yang tidak memberikan pengurangan saman terhadap pesalah yang menggunakan lorong kecemasan.

“Pemandu tidak bertanggungjawab melakukan kesalahan itu secara tidak langsung mengganggu usaha menyelamatkan nyawa dan harta benda jika berlaku kemalangan.

“Sebenarnya hari ini, saya kerja namun untuk bayar saman berdiskaun 80 peratus jadi keutamaan,” katanya ketika ditemui di kaunter sementara pembayaran saman di Taman Yayasan Segamat disini, hari ini.

Raj berkata, wang tunai yang dibawa adalah bagi membayar saman pandu laju sejak beberapa bulan lalu sehingga baru-baru ini.

Jumlah keseluruhan saman yang perlu dibayar adalah sebanyak RM6,000 dan dengan potongan diskaun ini hanya dia hanya membayar RM1,700 melibatkan empat buah kenderaan miliknya.

“Saya ‘standby’ (sediakan) wang lebih sebab takut saya salah kira-kira. Dan jika bayar melalui kad, saya risau transaksi tidak dapat diterima. Jadi lebih baik saya bawa wang tunai.

“Saya juga bimbang jika gagal menjelaskan saman secepat mungkin, akan disenarai hitam dan data akan dihantar ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk sekatan.

“Perkara ini turut menyebabkannya tidak dapat memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu sehingga saman yang disenarai hitam itu dijelaskan,” ujarnya.

Raj turut mengakui program ini sedikit sebanyak mengurangkan beban masyarakat namun cara pengurusannya perlu lebih baik seperti membuka lebih banyak kaunter di beberapa kawasan tumpuan penduduk dan bukan tertumpu di satu atau dua lokasi sahaja terutama sekali sewaktu pandemik Covid-19 ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI