fbpx

Suu Balm sokong usaha tingkatkan kesedaran buang bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menn Chua (kanan) melakukan simbolik penyerahan kepada Riza sebagai tanda kolabrasi antara kedua-dua pihak.

PETALING JAYA – Jenama produk penjagaan kulit, Suu Balm menyokong usaha Yayasan OrphanCare untuk mengurangkan kadar pembuangan bayi dan kehamilan tidak dirancang di negara ini dengan menyumbangkan hasil jualan set edisi eksklusif sebanyak 10 peratus baru-baru ini.

Pengurus Jenama Suu Balm Malaysia, Kha Menn Chua berkata, kes pembuangan bayi masih lagi berleluasa dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara di mana negara ini mempunyai peratusan tertinggi dengan purata sebanyak 100 kes setiap tahun.

“Kami amat berharap melalui kolaborasi ini, pengguna di luar sana dapat memainkan peranan mereka dalam mencegah gejala pembuangan bayi di tempat-tempat awam dan pada masa yang sama, turut membantu menyelamatkan nyawa.

“Apa yang perlu mereka lakukan adalah dengan membeli Set Eksklusif Krismas Suu Balm pada harga bermula RM119. Sebanyak 10 peratus daripada jualan itu akan disalurkan kepada OrphanCare,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sementara itu, Penasihat dan Pengurus Komunikasi Yayasan OrphanCare, Riza Alwi berkata, pihaknya menghargai sumbangan yang dilakukan Suu Balm dalam meningkatkan kesedaran pembuangan bayi dan kehamilan tidak dirancang,” jelasnya.

Suu Balm yang sinonim dengan produk berkaitan masalah kulit sensitif melancarkan set eksklusif sempena perayaan Krismas dan tahun baharu terdiri daripada Suu Balm Rapid Itch Relieving and Restoring Moisturizer dan Suu Balm Dual Cooling and Moisturizing Cream Body Wash.

Set Eksklusif Krismas SUU Balm boleh didapati melalui pembelian secara dalam talian di platform Shopee atau Lazada dan di kedai rasmi SUU Balm bermula 29 November hingga 25 Disember ini.

Keterangan lanjut mengenai set eksklusif tersebut boleh didapati menerusi laman web www.suubalm.com.my. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI